RSS






::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu; Dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). Al Ahzab [33] : 41–43 :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




Perjuangan Taghut Mempersendakan Agama ALLAH

Perkataan 'taghut' disebut oleh Allah SWT di dalam al Quran sebanyak 8 tempat, iaitu Surah Al Baqarah : 256 & 257, Surah An Nisa : 51, 60 & 76, Surah Al Maidah : 60, Surah An Nahlu : 36 dan Surah Az Zumar : 17.

Secara umumnya, taghut bermaksud 'manusia bernafsu syaitan', iaitu tingkah laku dan perbuatan yang melampaui batas kearah kebatilan, kezaliman dan kejahatan, sangat jauh tersasar daripada prinsip kebenaran, keadilan dan kebaikan.

Allah SWT berfirman,

Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah An Nisa : 60)

Firman-Nya lagi,

Maksudnya : Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al Baqarah : 257)


Prinsip Perjuangan Taghut

Secara umumnya, prinsip perjuangan taghut yang didokongi oleh mereka yang kufur dengan agama Allah SWT adalah menegakkan segala macam bentuk kezaliman, kebatilan dan kejahatan.

Perjuangan taghut yang mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Perjuangan yang mempunyai kepentingan peribadi bertujuan tertentu tanpa menghirau keredhaan daripada Allah.
  2. Perjuangan yang bertujuan memuaskan nafsu dan kemahuan, redha dengan bisikan hasutan syaitan.
  3. Perjuangan menegakkan penyembahan kepada keduniaan dan menidakkan kekuasaan Allah.
  4. Perjuangan yang membantu dan bekerjasama dengan golongan kuffar.
  5. Perjuangan yang menggilakan untuk mendapat hasil dan mengaut untung.
  6. Perjuangan yang didasari dengan tujuan kebanggaan dan kemegahan.
  7. Perjuangan yang berdiri di atas keyakinan dengan kemampuan diri sendiri tanpa mengharap kuasa Allah.
  8. Perjuangan yang menyerlahkan kemasyhuran (populariti) dan bersifat material.


Munafiq Adalah Sifat Utama Taghut

Golongan taghut adalah mereka yang bersifat munafiq iaitu mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi sentiasa berpura-pura dan ingkar dengan tuntutan syariat yang di tetapkan oleh ajaran agama Allah. Sifat kemunafiqannya akan terserlah apabila mereka dengan sengaja menidakkan serta mengingkari ketika disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah.

Dari segi luaran, mereka mendirikan solat, membayar zakat dan berwatak sebagai seorang muslim. Tetapi apabila disuruh untuk melaksanakan hukum-hakam Allah, mematuhi syariat dan sebagainya, mereka mula berdalih untuk tidak melakukannya.

Mereka inilah yang dikatakan berhakimkan dengan taghut sepertimana yang disebut di dalam Surah An Nisa ayat 60 ini. Sedangkan mereka telah diperingatkan untuk beriman kepada Allah, dan menolak sebarang bentuk taghut.

Juga telah disebutkan, perjuangan taghut inilah yang memperjuangkan kebatilan, kejahatan dan kezaliman, sedangkan mereka telah diperintahkan untuk menolak bentuk taghut ini.

Allah SWT berfirman,

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah an Nahl : 36)

Firman-Nya lagi,

Maksudnya : Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (Surah An Nisa : 76)






Tidak ada paksaan untuk (masuk) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus (QS. Al-Baqarah [2] : 256)... Berpeganglah :kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. (QS. Ali-Imran [3] : 103) ... Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) : "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Taghut itu". (QS. An-Nahl [16] : 36)






Rujukan :
  1. Az Zuhaili, At Tafsir Al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, Terbitan Maktabah Darul Fikr, Tahun 2007
  2. Al Mu’jam Al Mufahras Li Alfazil Quran, Muhammad Fuad Abd Baqi, Terbitan Darul Hadis, Tahun 2001.
Muhammad Mujahid Bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fellow MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah Dan Falsafah
Universiti Al Azhar. 

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

Posted in



Opick - Bila Waktu Berakhir




Photobucket



Používá technologii služby Blogger.